Cara Mudah Menguruskan Order Online

Salam.

Haritu ada kawan bebel2 kat Facebook.

Dia terlepas pandang satu order dan tak pos pun order tu.
Abes kene marah ngn customer.
Dia tanya camana nak buat supaya order tu organized dengan elok.

Ramai orang komen dan bagi pendapat, termasuk la Kaklong (haha.. sebok je nak juga)

PAstu dia up satu lagi status, dia nak buat macma Kaklong sarankan..
Huuuu.. Kembang hidung saya dapat tolong orang..

Oleh itu Kaklong nak share kat sini cara Kaklong, mana la tau kot2 korang pun ada masalah yang sama.



Cara Kaklong senang je.

Order Kaklong masuk melalui 3 sumber iaitu:
  1. website
  2. whatsapp
  3. facebook
Apa yang Kaklong buat ialah:

1. Buka 1 group whatsapp bernama : ORDER

2. Add 2 number Kaklong yang lain (termasuk phone peribadi) serta nombor kekasih hati (sebab dia suka packing barang)

3. Tiap kali orang dah bayar terus tulis dalam group ORDER tu maklumat order tersebut.
  • website 
    • no order (cthnya : #3785)
    • nama, alamat dan no tepon semua ada dalam website, jadi tak perlu tulis kat grup whatsapp ni
  • whatsapp 
    • 4 number terakhir no tepon dia, nama, alamat, senarai order, jumlah, baki (jika ada)
    • cthnya order dari number whatsapp: 0123456789,

      Order 6789

      Minah
      No 3 Jalan Budi, 00000, Selangor
      0123456789

      2 biji item A
      1 biji item B

      RM30
    • 4 number terakhir tu sebagai id customer supaya senang nak update tracking number nanti
  • facebook
    • FB nama user, nama, alamat, senarai order, jumlah, baki (jika ada)
    • cthnya:

      FB Cahaya Mahligai

      Mahmud
      No 8, Taman Indah, 00000 Selangor
      011111111

      3 item C

      RM48

      baki RM2

4. Bila lapang, terus tulis alamat customer kat consignment note Poslaju hanya dengan merujuk kepada group whatsapp ORDER tadi. Tak perlu buka atau cari satu persatu customer yang order tadi.

Memandangkan Kaklong guna Easyparcel, jadi Kaklong buka whatsapp web dan copy paste je alamat customer tersebut untuk create consignment note secara online. 

5. Time packing pun senang, hanya rujuk pada group whatsapp ORDER tu je; tak perlu cari.

Tu je la cara Kaklong..
Senang kan..

Semoga bermanfaat

Wassalam...

Read Lagi → Cara Mudah Menguruskan Order Online

Wrapping Online Seller yang Kur Semangat!

Salam..

Haritu Kaklong beli online kat Shopee..
Tengok apa Kaklong dapat..


Ngaaaaaaaaaaaaa....

Terkejut saya..
Dengan plastik sampah pun bole ek..
Kuang...kuang...kuang...

Sekali tengok macam mayat je..
Erm... seram...

Bila Kaklong tunjuk kat FB rata-rata semua macam okay je dengan packaging macam ni..
Erm...
Yeke...

Rata2 yang komen positif tu ialah online seller, oleh itu macam paham je kenapa dorang okay sangat dengan penampakan ni...
Kaklong okay je, siap gelak lagi bila dapat ni..

Cuma sebagai peniaga online, Kaklong sendiri pun tak tergamak nak wrap dengan plastik sampah untuk pos kepada customer...

Apapun Kaklong harap korang tak buat la macam ni..
Sebab bukan semua customer okay...
Ada yang jenis cerewet..

Pengalaman Kaklong, ada juga customer komplen pasal wrap Kaklong tak cantik.
Secara logiknya, barang tu semua akan dicampak ke van poslaju, bertukar2 tangan dan buruk juga..
Jadi perlu ke buat packaging yang cantik giler, bila akhirnya lunyai juga bila sampai di tangan mereka..

Tapi itu la...

Kalo kita tak mau memuliakan diri kita sebagai peniaga dimata pembeli;
Sekurang-kurangnya muliakanlah barang jualan kita dan si pembeli yang secara spesifiknya memilih kita untuk meleburkan duit yang mereka bertungkus-lumus cari tu..

Paling normal pun wrap dengan kertas coklat tu dan balut dengan plastik pembalut buku teks tu..
Tu la yang Kaklong buat untuk pos barang yang tak muat dalam plastik Poslaju

Customer rasa hepi bila dapat packaging yang elok..
Dan lagi dorang hepi, lagi dorang nak show off kat social media siap mention kita lagi..
Pengiklanan percuma tu..

Wassalam..
Read Lagi → Wrapping Online Seller yang Kur Semangat!

Bahasa Melayu

Salam..

Kaklong share satu status yang menarik oleh anak Sabah kat facebook


Lalu ternampak Sis Ayuni Rafilah share satu video yang menarik kat FB
Kaklong pun tekan je la nak tengok dan dengan gigihnya tengok macam abes..


Macam tak percaya betapa menariknya cara mat saleh ni beri penerangan tentang Bahasa Melayu.
Beliau bukan sahaja explain apa itu Bahasa Melayu, malah menceritakan juga tentang sejarah dan asal-usul Bahasa Melayu, fakta mengenai Bahasa Melayu serta pengkelasannya.. Yang Kaklong sendiri pun tak tau (alamak, malunya..)

Malah beliau menerangkan dengan cara yang ringkas tapi padat dan mudah difahami.
Kalau macam ni la cikgu yang mengajar kat sekolah, pasti waktu persekolahan boleh dipendekkan dan semua pelajar dengan mudahnya dapat A.
Sebab senang faham dan straight to the point.

MArilah kita memartabatkan Bahasa Melayu kita..
Siapa lagi yang nak preserve kan, kalo bukan kita, Anak Melayu

Wassalam
Read Lagi → Bahasa Melayu

:(

Harini rasa sedih sikit..
Abang balik kampung. Kaklong tak ikot sebab nak siapkan urgent order.

Pagi tadi ibu call tanya balik pukul berapa. Kaklong cakap abang je balik. Pastu ibu macam terkejut sikit.

Pastu ibu tanya lembut je, "kenapa, kaklong saja2 ke tak nak balik.."

Aduh..
Pilunya bila ibu cakap macam tu..
Rasa nak nanges pulak..
Rasa nak balik sekarang juga..

T__T

In shaa Allah bulan depan Kaklong balik ya ibu...

Sayang ibu.


Read Lagi → :(

Review Secret Skin White Kawaii Collagen

Salam..

Korang tau tak Kaklong pernah consume Secret Skin White Kawaii Collagen..
Yang Jihan Muse jadi duta tu..

Tapi dah lama dah.. November 2015 dulu..
Ni baru terpikir nak tulis review.

Kaklong amik sebotol KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA (putih) dan sebotol Secret Skin White Kawaii Collagen SSWKC (hijau)
gambar cedok : http://www.lazada.com.my/secret-skin-white-kawaii-collagen-set-jihan-3878123.html

Ni gambo amik kat internet je..
Botol dia Kaklong dah lama dah buang.. 2015 kot..
Sebelom Kaklong start blog ni lagi..

Jumpa ejen pun kat website dorang..
Lepas whatsapp 2 hari kemudian dia hantar ke rumah.
Macam convenient sangat kan..

Tapi lepas tu Kaklong ada baca ejen lain ada bag free gift sabun muka..
Alaaa, sayangnya.. :(

Okay la...

Nak consume dia ada 2 cara:

1) Letak bawah lidah

2) Bancuh ngn air kosong

Bila letak bawah lidah kan, rasa dia macam-masam manis..
Yang hijau tu sedap, rasa macam berry dan cepat cair...
Yang putih tu kurang sedap.. Rasa dia lebih masam dan lambat nak cair, likat pulak tu..
Bila bancuh ngn air baru okay rasa dia..

First week Kaklong consume tu boleh dikatakan takde apa-apa perbezaan..
Pastu masuk second week Kaklong perasan ada jerawat besar2 kat muka.. MUngkin hormon kot..

Produk ni memang ada kolagen tapi dari ikan talapia dan tak beri kesan pada pengidap resdung..
Jadi Kaklong pun konfiden giler la...
Masuk minggu ketiga jerawat besar-besar ni makin mengganggu so Kaklong decide nak stop seminggu..
Bila stop kan, jerawat beranur-ansur hilang..
Pastu Kaklong consume semula dan jerawat beransur-ansur naik..

Haaaaa..
Apa ni.. Tak sukanya....

Kadang-kadang Kaklong fikir gak, adakah Kaklong seorang pengidap resdung yang kronik?
Sampai produk yang sepatutnya tak beri kesan negatif pun Kaklong kene juga..
Tak seronok kan jadi Kaklong... :(

Dah pernah jumpa doktor.
Doktor sahkan Kaklong memang ada resdung..
Bila Kaklong tanya "macam mana nak kurangkan resdung ni doktor? Nak tukar tabiat pemakanan ke?"
Tau doktor cakap apa?

Doktor cakap:
"Makan la apa-apa pun, Nanti resdung datang lagi, datang jumpa saya amik ubat."

Erm... apa ni?
Nak jual ubat je ke?
Bila jumpa pakar, pakar takanak citer pulak..
Bila kita google, dorang cakap, "percaya sangat doktor google tu."
Erm...

Walaubagaimanapun ada juga POSITIFnya tau..

Lepas sebulan Kaklong nampak kulit macam cerah sikit...
Pastu time mandi pun, masa gosok2 badan rasa macma gebu je kulit saya..
Alahai, perasan betul tu..

Tapi yang paling ketara la kan..
Masa buat keje kat laptop ni, kaki Kaklong biasanya bersilang kat bawah kerusi tu..
Rasa tapak kaki macam smooth je..
Bukan la tapak kaki Kaklong ni merekah-rekah sangat, cuma takde la gebu..
Tapi macma ketara sangat la kelembutan..
Cewah.. Gituuuu...

Hahahha..
Macam rasa segan pula nak puji diri sendiri..

Namun begitu Kaklong stop consume disebabkan masalah jerawat tu..
Ntah la..
Tak tau nak kata disebabkan resdung ke..
Atau ada masalah alergic yang lain menyebabkan hampir semua produk Kaklong takleh pakai..

Nampak sangat kan..

Korang yang takde masalah alergic cam Kaklong mungkin okay kot..
Rasa cam seronok pula dapat kulit gebu gebas macam haritu..
Haha..

Sekarang Kaklong tak amik apa-apa suppliment dah..
Kecuali Kacip Fatimah yang Kaklong kaklong citer haritu
Bukan tak mau, tapi kebanyakannya mengandungi kolagen..
Dan Kaklong macma dah fobia dengan kolagen ni..
Hahaha..

Korang ada makan produk macam ni tak?

Read Lagi → Review Secret Skin White Kawaii Collagen